Candi Lembah Bujang Dimusnahkan Pemaju


Kesan tinggalan sejarah di Lembah Bujang yang berusia kira-kira 1,200 tahun dilaporkan sedang dimusnahkan secara rahsia oleh pemaju hartanah.

Ketika ini Badan Warisan Malaysia sedang berusaha untuk menempatkan lokasi itu sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco.

Mengesahkan perkara itu ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy dan beliau mengakui terkejut dengan penemuan candi nombor 11 sedang dimusnahkan.

“Candi itu terletak di Sungai Batu dan dimusnahkan oleh pemaju yang sedang mengosongkan tanah ini untuk pembangunan lebih sebulan yang lalu,” katanya kepada The Malay Mail.

Beliau melakukan lawatan dan tinjauan ke tempat itu semalam.

Ramasamy menerima laporan tentang kerja pemusnahan itu minggu lepas dan mengambil keputusan melawat tempat bersajarah itu untuk memastikan dakwaan itu benar.

“Candi itu tersembunyi dari penglihatan kerana terletak di belakang estet kelapa sawit, kemungkinan pemaju memusnahkan candi itu dahulu sebelum memusnahkan semua pokok kelapa sawit yang ada,” katanya.

Lembah Bujang terletak dalam daerah Merbok, Kedah dan dikenali ramai dengan kesan khazanah arkeologi di Malaysia dengan lebih 50 candi di kawasan itu.

“Saya difahamkan Pejabat Tanah Merbok sudah memberikan keizinan kepada pemaju untuk meneruskan proses mengosongkan tanah kerana tiada kesan tinggalan sejarah di situ, jadi pejabat tanah perlu juga dipertanggungjawabkan untuk isu ini,” katanya.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger