Featured Post Today
print this page
Latest Post

Gambar sedih kanak kanak yang hidup dalam kemiskinan

Ketimpangan ekonomi berlaku di seluas dunia. Orang kaya makin kaya, dan si miskin terus bergelut dalam kemiskinannya. Menyedihkan bagi anak-anak yang membesar dalam kemiskinan, hidup keras di jalan, meninggalkan sekolah demi membantu orang tua agar bisa tetap makan setiap hari. Itu mungkin hanya sebahagian dari banyak masalah lain.

Inilah potret kemiskinan dari pelbagai negara yang boleh menggugah, bahawa masih banyak orang di luar sana yang memerlukan pertolongan.

















0 komentar

Candi Lembah Bujang Dimusnahkan Pemaju


Kesan tinggalan sejarah di Lembah Bujang yang berusia kira-kira 1,200 tahun dilaporkan sedang dimusnahkan secara rahsia oleh pemaju hartanah.

Ketika ini Badan Warisan Malaysia sedang berusaha untuk menempatkan lokasi itu sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia Unesco.

Mengesahkan perkara itu ialah Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy dan beliau mengakui terkejut dengan penemuan candi nombor 11 sedang dimusnahkan.

“Candi itu terletak di Sungai Batu dan dimusnahkan oleh pemaju yang sedang mengosongkan tanah ini untuk pembangunan lebih sebulan yang lalu,” katanya kepada The Malay Mail.

Beliau melakukan lawatan dan tinjauan ke tempat itu semalam.

Ramasamy menerima laporan tentang kerja pemusnahan itu minggu lepas dan mengambil keputusan melawat tempat bersajarah itu untuk memastikan dakwaan itu benar.

“Candi itu tersembunyi dari penglihatan kerana terletak di belakang estet kelapa sawit, kemungkinan pemaju memusnahkan candi itu dahulu sebelum memusnahkan semua pokok kelapa sawit yang ada,” katanya.

Lembah Bujang terletak dalam daerah Merbok, Kedah dan dikenali ramai dengan kesan khazanah arkeologi di Malaysia dengan lebih 50 candi di kawasan itu.

“Saya difahamkan Pejabat Tanah Merbok sudah memberikan keizinan kepada pemaju untuk meneruskan proses mengosongkan tanah kerana tiada kesan tinggalan sejarah di situ, jadi pejabat tanah perlu juga dipertanggungjawabkan untuk isu ini,” katanya.
0 komentar

12 Lambang Zodiak dan Sejarahnya

12 Lambang Zodiak dan Sejarahnya - Zodiak merupakan sebuatn untuk beberapa gugusan bintang. Zodiak berjumlah 12 sesuai dengan jumlah bulan selama 1 tahun. Zodiak selalu dikaitkan dengan ilmu ramalan atau yang biasa disebut ilmu astrologi. Tentunya zodiak tidak lahir begitu juga. Ada sejarah yang menyertai zodiak sehingga setiap bulan diwakili oleh 1 zodiak. Ini dia 12 Lambang Zodiak dan Sejarahnya.

Capricorn
Photobucket
Menurut mitologi bangsa Yunani, kambing yang dijadikan lambang zodiak ini memang kambing betulan. Namanya Amaltheus. Kambing ini pernah memberikan air susunya kepada dewa Zeus, ketika dewa tertinggi bangsa Yunani kuno ini masih bayi, dan berada dalam gua disembunyikan ibunya sebab takut dimangsa bapaknya yang ganas bernama Chronoos. Karena jasanya ini, kambing ini lalu diangkat ke langit, dibekali cahaya. Dan jadilah bintang.

Aquarius
Photobucket
Dilambangkan oleh seorang pemuda kece yang sedang menuang air dari tempayan besar. Siapa sih cowok kece ini? ialah yang bernama Ganimedes, pelayan paling setia dewa Zeus. Tugasnya memang membawakan minuman dewa paling agung bangsa Yunani itu.

Pisces
Photobucket
Dilambangkan dengan dua ekor ikan. Kedua ekor ikan ini telah berjasa membawa dewi Venus (dewi kecantikan) dan dewa Mars (dewa perang) ke sungai Eufrat, waktu mereka di kejar oleh Typhon.

Aries
Photobucket
Dilambangkan oleh seekor domba. Domba ini bukan sembarang domba. Domba ini berbulu emas. Ia dikorbankan kepada dewa tertinggi sebagai persembahan, ternyata dewa Zeus senang menerimanya. Dan ia pun dijadikan bintang.

Taurus
Photobucket
Dilambangkan oleh sapi jantan. Taurus berasal dari kata Taureau yang artinya sapi jantan. Sapi ini adalah jelmaan dari dewa Zeus (Yupiter). Konon menurut ceritanya dewa Zeus paling suka sama gadis-gadis cantik. Ia juga terkenal sebagai dewa yang paling banyak istrinya. Maka, ketika ia melihat kecantikan putri Eropa, yang cantiknya tiada tara, saking kesemsemnya ia mengubah dirinya menjadi sapi jantan agar dapat menculik putri Eropa.

Gemini
Photobucket
Dilambangkan dengan sepasang dua anak kembar. Mereka adalah putra dari dewa Zeus. Kedua anak kembar ini bernama Castor dan Polux.

Cancer

Photobucket
Dilambangkan oleh kepiting. Merupakan jelmaan ular bernama Hydra. Ular ini di kirim oleh Yuno, untuk melawan Hercules (pemuda yang dikenal kuat dan gagah berani). Ular yang di kirim oleh Yuno ini ternyata sangat beracun dan mempunyai banyak kepala. Apabila kepalanya ditebas oleh Hercules maka akan tumbuh lagi. Hercules dengan cerdiknya, membakar leher ular itu. Maka habislah riwayat sang ular. Kemudian ular itu dijadikan bintang. Membunuh ular adalah salah satu dari 12 tugas Hercules yang sangat berat.

Leo
Photobucket
Dilambangkan oleh singa. Singa ini merupakan salah satu dari 12 tugas Hercules yang sangat terkenal. Singa ini merupakan singa yang paling ganas yang harus ditaklukkannya.

Virgo
Photobucket
Lambangnya adalah seorang putri yang sangat cantik. Putri ini adalah jelmaan putri Astrea yang hidup di zaman emas. Pada waktu itu ia turun dari langit ke bumi. Tetapi ia tak tinggal di bumi, karena tidak tahan melihat penderitaan dan kejahatan yang dilakukan manusia di bumi. Maka ia kembali ke langit dan menjelma menjadi bintang. Orang Yunani membagi zaman ini menjadi 4, yaitu zaman emas, perak, perunggu dan besi

Libra
Photobucket
Dilambangkan dengan neraca atau timbangan. Merupakan simbol dari keadilan. Putri yang menguasai keadilan adalah putri Justicia. Asal-usulnya tidak diketahui secara pasti.

Scorpio
Photobucket
Lambangnya adalah kalajengking. Mempunyai asal-usul yang sangat menarik. Yaitu, terjadi cinta segi 4 (bukan cinta segi3 lagi). Antara Orion ( pemuda yang tampan),Diana (dewi bulan), Venus (dewi kecantikan) dan Aurora (dewi fajar). Karena ketampanan Orion, ia dicintai 3 cewek kece sekaligus. Karena cemburu kepada kedua rivalnya, Diana mengirim kalajengking kepada Orion. Kalajengking itu menggigitnya hingga mati. Diana menyesal atas perbuatannya. Dan memohon kepada dewa Zeus agar Orion dijadikan bintang. Karena ia tidak bersalah, maka dewa Zeus mengangkatnya menjadi bintang dalam gugusan bintang scorpio.

Sagitarius

Photobucket
Lambangnya adalah makhluk berbadan kuda, berkepala manusia yang sedang memanah. Makhluk ini diberi nama Centaurus. Sebetulnya Centaurus adalah para monster, musuh para dewa dan manusia. kecuali Centaurus bernama Chyron adalah sahabat serta guru para dewa dan manusia. ia mengajarkan cara menggunakan senjata dan memanah dengan baik. Karena jasa inilah, ia diangkat menjadi bintang.

sumber: http://bit.ly/tyWrOn
0 komentar

Foto Masa Kecil Para Pemimpin Dunia

Tony Blair


George W. Bush


Fidel Castro


Che Guevara


Jacques Chirac


Winston Churchill


Ghandi


Adolph Hitler


John F. Kennedy


Khomeini


Kim Jong II


King Fahd


Nelson Mandela


Chairman Mao


Vladimir Putin


Ronald Reagan


Saddam Hussein


Joseph Stalin


Yassir Arafat


sumber: http://www.strov.co.cc/2010/11/foto-masa-kecil-para-pemimpin-dunia.html

0 komentar

Tuntutan kerja bukan alasan Shira abai keluarga

sinarharian
14 Disember 2012
Sharifah Shahirah
Sharifah Shahirah
Tuntutan kerja, bukan alasan Shira abai keluarga
Shira bersama keluarga tercinta
MULA berkecimpung dalam industri seni sejak 1993 menerusi filem, Imigran, Sharifah Shahirah, 39, masih berada di kedudukan kukuh dalam industri seni tempatan.

Terkenal dengan celoteh yang mencuit hati, tidak hairanlah jika Shahirah yang lebih mesra disapa Shira ini berjaya meletakkan diri sebagai selebriti popular.

Bijak mencari ruang dalam cabang seni, Shira bukan sahaja dikenali sebagai pelakon komedi, malah kepetahan Shira mampu meletakkannya sebaris dengan pengacara majlis hiburan dan televisyen tempatan.

Mengakui jadual kerjanya sentiasa padat, namun ia bukanlah alasan untuk Shira mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada lima anak.

Malah, menurut Shira, pantang ada kelapangan, masa itu akan digunakan untuk bersama anak-anak tersayang dan suami tercinta, Zulkifli Azahari (Ijoy).

"Kalau nak ikutkan sibuk, memang tak ada masa untuk bersama keluarga. Namun, sebagai ibu dan isteri, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab pada keluarga.

"Keluarga tetap nombor satu. Saya akan memastikan anak-anak tidak terbeban dengan jadual kerja saya sehingga menyukarkan proses komunikasi mereka.

"Jika saya sibuk, saya tetap akan selitkan sedikit masa untuk mereka. Walaupun bukan dalam masa yang lama, namun yang penting, masa bersama mereka tetap ada," kata ibu kepada Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, dan Auddra, 3.

Sukar marah

Dek kerana terkenal dengan watak komedi menerusi lakonannya, Shira mengakui sukar untuk dirinya memarahi anak-anak.

Malah, setiap kali Shira marah atau berleter, anak-anak akan menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.

"Saya pun hairan, kenapa setiap kali saya marah, mereka gelak. Kalau saya betul-betul marah pun, mereka kata tak nampak macam marah.

"Mungkin mereka sudah terbiasa melihat saya melawak di kaca televisyen dan bersama rakan-rakan. Jadi, mereka kata saya tak sesuai untuk marah.

"Jadi, saya sendiri tak tahu nak marah macam mana. Mereka buat tak tahu saja dan gelakkan saya balik," katanya yang pernah memenangi anugerah Aktres Komedi TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2004 menerusi sitkom Ada-ada Aje.

Sara keluarga

Walaupun tugas menyara keluarga sepatutnya diuruskan oleh suaminya, namun ia bukan masalah besar untuk Shira.

Semangat dan keterbukaan Shira dalam membantu Ijoy wajar dicontohi apabila tugas mereka bertukar. Shira sanggup keluar bekerja, sementara Ijoy pula mengambil alih menguruskan rumah tangga.

Sembilan tahun bergelar isteri Ijoy, Shira tidak menganggap perkara ini sebagai satu bebanan yang harus dipikul, malah tidak salah sekiranya saling bantu-membantu dalam rumah tangga.

"Ijoy kurang mendapat tawaran lakonan sejak akhir-akhir ini. Jadi, saya tidak boleh mengharapkan dia sahaja untuk mencari rezeki.

"Alhamdulillah, kebetulan pula, rezeki saya masih ada. Jadi, saya teruskan kerjaya dalam bidang seni. Walaupun Ijoy menyokong aktiviti seni saya, namun ada kalanya dia menasihati saya agar mengurangkan kerja.

"Dia bimbang saya akan penat kerana bukan sahaja bekerja di luar, malah saya juga perlu menguruskan anak-anak ketika di rumah," katanya yang kini muncul dalam drama bersiri bagi slot Aksi, Spy M di TV3.

Selain itu, Shira juga bakal mengendalikan rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Cuti-Cuti 1 Malaysia dan program pengacaraan bersama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza di saluran Astro.

Walaupun tugas menguruskan keluarga diserahkan kepada Ijoy, namun jelas Shira, Ijoy tidak pernah disuruh menyiapkan makanan dan memasak untuk mereka sekeluarga.

"Walaupun ada yang menganggap saya menyerahkan tugas kepada Ijoy, namun saya tidak pernah menyuruh Ijoy memasak atau mengasuh anak-anak.

"Tugas itu diberikan kepada pembantu rumah kerana Ijoy juga seperti lelaki lain yang tidak betah melakukan kerja rumah seperti wanita.

"Jika ada kelapangan, saya akan memasak untuk keluarga. Namun, saya amat berterima kasih kepada ibu mertua saya yang meluangkan masa dengan membantu dan menjenguk cucu-cucunya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada 28 Februari 2003.

Spy M uji kemampuan

Walaupun terkenal dengan watak komedi, namun jauh di sudut hati Shira mendambakan watak yang lebih mencabar dan serius.

Hampir 20 tahun dalam industri, akhirnya Shira diberi peluang untuk membawakan watak aksi menerusi drama bersiri, Spy M.

Mengakui agak sukar melakukan babak aksi di usia lewat 30-an ini, namun Shira tetap memberikan yang terbaik dalam lakonannya sebagai penyiasat.

"Memang banyak babak aksi yang memerlukan saya melompat, berlari dan memukul orang. Saya suka dengan watak seperti ini, namun ia agak lewat diberi peluang.

"Umur saya dah dekat 40 tahun. Jadi, langkah saya tidak segagah dulu lagi. Apa yang mampu, saya akan lakukan. Bila dah berusia ni, banyak urat-urat yang tersimpul.

"Sepanjang menjalani penggambaran drama itu, badan saya banyak lebam-lebam. Bukan sebab ditumbuk atau terjatuh, tetapi urat yang timbul dan membengkak.

"Saya kena pergi mengurut untuk hilangkan rasa sakit dan bengkak ini," katanya yang mengakui wataknya sebagai Milah adalah penghargaan kepada masyarakat penduduk luar bandar yang banyak menyokong kerjayanya sehingga kini.

Teringin tambah anak
Mengimpikan sebuah keluarga besar, Shira tidak menolak sekiranya diberi zuriat untuk menambah bilangan yang ada.

Namun, di atas faktor-faktor yang harus diberi perhatian terlebih dahulu, Shira harus menguburkan hasrat itu buat seketika.

"Memang teringin nak tambah anak lagi kerana saya memang suka anak ramai. Lagi meriah rumah saya dengan kehadiran anak-anak yang memiliki macam-macam perangai.

"Tapi, banyak perkara yang harus difikirkan terlebih dahulu. Mungkin bila Ijoy dah mula bekerja dan mendapat tawaran, saya akan fikirkan perkara itu.

"Buat masa ini, terpaksa lupakan dulu kerana tawaran saya masih banyak dan jika saya mengandung, saya sudah tidak boleh aktif lagi. Insya-ALLAH, ada rezekinya nanti,"
katanya yang pernah menjayakan beberapa filem termasuk Cinta Kita; Azam; Soalnya Siapa?; Buli; Gila-gila Pengantin Popular; Buli Balik; Bujang Senang; Brainscan: Aku dan Topi Ajaib; dan Skrip 7707.

Selain itu, Shira juga merupakan duta kepada produk Poise, Nuvafemme, dan jurucakap produk seperti Sunlight, Lipton dan Mamil DuGrow.
0 komentar

Navratan Harsh Manusia Tokek dari India

Navratan Harsh, Manusia Tokek dari India  - Banyak sekali hal-hal unik yang dilakukan oleh manusia di dunia ini. dari setiap tingkah-laku unik itu terkadang seseorang mendapat sebuah julukan. Entah apa tujuannya melakukan hal-hal unik tersebut. Apakah ingin terkenal, ataupun emmang sebuah hobi.

Tak hayal banyak sekali orang-orang unik yang tersebar diseluruh penjuru dunia. Salah satunya adalah manusia tokek. Apa yang anda pikirkan dari manusia tokek? manusia berbadan tokek atau...??? ini dia ulasan tentnag manusia tokek dari berita terkini.

Julukan manusia tokek untuk Navratan Harsh memang sangat cocok mengingat hobinya dalam memainkan makhluk yang kebanyakan dibenci manusia.Lahir di Bikaner,India,pria dengan hobi yang sangat aneh ini sempat masuk berita di situs portal ternama,Yahoo! Berikut ini ada beberapa foto Navratan sedang beraksi dengan beberapa tokek kesayangannya, silahkan dilihat.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Adakah yang mau meniru tingkah laku Navratan Harsh.  Jangan lupa liat juga ya gambar lucu. Semoga bermanfaat.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger