Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ke. Tampilkan semua postingan

Himpunan ‘Black 505’ ditunda ke 22 Jun

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 10, 2013
PETALING JAYA, 10 Jun – Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan menunda tarikh Himpunan “Black 505” ke 22 Jun depan ekoran berlaku pertindihan dengan dua program yang berlangsung pada tarikh awal perancangan pada 15 Jun pada hujung minggu ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya menegaskan tidak akan berlaku sebarang perubahan selepas ini walau apa pun alasan yang diberikan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas Rafizi (gambar), pihaknya menerima maklum bahawa pada 15 Jun itu ada dua program yang berlangsung di Padang Merbok iaitu perkahwinan dan juga karnival kitar semula yang telah membuat permohonan lebih awal.
Rafizi menegaskan, permohonan untuk menggunakan Padang Merbok pada tarikh 22 Jun juga telah dibuat pada Jumaat, 7 Jun lepas dan pihaknya turut mengenal pasti tiada sebarang pertindihan dengan mana-mana program pada tarikh tersebut.

“Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini,” tegas ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Rafizi turut mengingatkan Tengku Adnan, majoriti penduduk di Wilayah Persekutuan bersama dengan PR dan Setiausaha Agung Umno itu tegasnya perlu menghormati hasrat rakyat yang mahu berhimpun di padang milik rakyat itu.

Bagi tujuan itu juga Rafizi memaklumkan notis kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dihantar esok, seperti dituntut PDRM iaitu tempoh 10 hari daripada himpunan itu berlangsung.
“Kita menjangkakan bilangan peserta minimum 300,000 orang ... Walaupun padang itu hanya mampu menampung sekitar 50,000, namun ia mempunyai kawasan lapang yang luas di sekitarnya,” kata Rafizi.

Himpunan  pada 22 Jun itu juga jelasnya hanya akan bermula sekitar jam 12 tengahari.
Rafizi turut mengulangi tiga tuntutan Black 505: perletakan jawatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota baru dilantik secara bersama dengan PR; pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen; dan hentikan usaha meminda undang-undang. Pilihan raya atau persempadanan semula sehingga kesemua anggota SPR dilantik daripada muka baru.TMI
0 komentar

Mukhriz ikhlas ke lawat pekan sehari Mahfuz

Harakahdaily 

Salmiyah Harun, 26 Okt 2013
JERAI: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dinasihatkan agar bersikap lebih matang dalam berpolitik dan tidak wajar mempersoalkan keikhlasan seseorang.  

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, Mukhriz mempersoalkan keikhlasan PAS apabila bertindak pantas memuat naik gambar mereka menziarahi bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom ketika berkempen Khamis lepas.

"Mukhriz mempersoalkan saya dan calon PAS apabila memuat naik gambar ziarah Pak Ngah Baharom itu di dalam FB.

"Saya hairan apabila kita sudah ada kemudahan, dan muat naik dalam tempoh segera pun dipersoalkan. Ini menunjukkan kemajuan internet yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh kami," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PRK N20 Sungai Limau.

Mahfuz turut membidas anak bekas Perdana Menteri itu yang diberi liputan meluas oleh media arus perdana apabila hanya turun ke pekan sehari di Bukit Besar.

"Saya nak tanya dia (Mukhriz) ikhlas ke melawat Pekan Nat (pekan sehari), masuk dalam TV3. Ikhlas ke dia pergi ke sana?

"Muhyiddin tu ikhlas ke datang Sungai Limau, hari ini dia datang sini. Kalau tidak ada PRK tidak ada mini RTC dan karnival Kerja Sungai Limau," katanya.

Menurut Mahfuz, PAS melawat bapa Jamil Khir itu kerana dia adalah ahli PAS dan banyak menyumbang kepada parti.

"Tidak salah untuk kita menziarahi orang tua yang uzur, lagipun beliau ahli PAS. Bulan Mei baru ni dia bayar yuran ahli, tak pernah miss. Pergi ziarah siapa pun dan muat naik di FB ikut sukalah, tidak perlu persoalkan," katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz sekali lagi membidas Mukhriz daripada beliau asyik mempersoalkan keikhlasan orang lain adalah lebih baik beliau membuat keputusan segera untuk mengisytiharkan cuti umum pada hari mengundi 4 November ini.

Katanya, cuti umum itu diperlukan bagi memudahkan pengundi yang berada di seluruh negeri kedah dan bekerja di luar boleh menunaikan tanggungjawab mereka dengan selesa pada hari itu.

0 komentar

Harapan Malaysia Ke Piala Asia Terkubur


SHAH ALAM – Harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 terkubur selepas mengalami kekalahan 0-1 kepada Qatar pada perlawanan keenam saingan kumpulan D pusingan Kelayakan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada Selasa malam.

Kemenangan itu membolehkan Qatar mengiringi Bahrain yang merupakan pendahulu kumpulan D bersama 16 pasukan terbaik lain bagi meneruskan cabaran di Australia pada 2015.

Pasukan pelawat bermula garang melakukan beberapa serangan dari sebelah kiri padang namun gagal menembusi benteng pertahanan kiri negara yang dikawal kemas Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Usaha Kapten pasukan negara, Safiq Rahim untuk membuka jaringan gagal apabila sepakan deras yang dilakukanya pada minit ke-26 melepasi palang gol.

Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal sekali lagi gagal menguna peluang yang terhidang apabila tendangan percuma yang disempurnakan Safiq pada minit ke-29 ditumbuk keluar oleh penjaga gol Qatar Saad Al Sheeb.

Babak kedua perlawanan, kelekaan pada pertahanan Malaysia mengundang padah apabila penyerang Qatar Al-Ali berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-64 menewaskan penjaga gawang negara Khairul Fahmi Che Mat.

Harimau Malaya bangkit melancarkan serang bertubi-tubi untuk menyamakan kedudukan namum gagal menjaringkan gol sehingga pengadil perlawanan Kim Sang Woo meniupkan wisel penamat.

Kira-kira 1,000 penyokong terdiri daripada Ultras Malaysia yang menyaksikan perlawanan malam ini membuat kecoh sebagai bantahan terhadap kegagalan Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan namun venue perlawanan belum ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). – BERNAMA
0 komentar

SPR Kenapa bawa ke mahkamah jika sudah jawab

  • Malaysiakini  Apr 2 2013
 
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata beliau hairan apabila MP Lembah Pantai memfailkan semakan kehakiman walau dimaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan meneliti senarai lebih 4,600 pengundi yang dikemukakan.
Abdul Aziz MP berkenaan, Nurul Izzah Anwar sendiri mengemukakan bukti dalam bentuk surat daripada setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria yang menyatakan suruhanjaya itu "mengambil maklum dan sedang meneliti" aduan berkenaan.
NONE"Menghairankan saya YB itu menyatakan kes ini dibawa ke mahkamah kerana SPR tidak memberi maklum balas.

"Tetapi beliau menunjukkan bukti bahawa Datuk Kamarudin Baria telah jawab pada 6 Mac. Mengapa (sekarang) isu ini dibawa ke mahkamah?," kata Abdul Aziz ketika dihubungi Malaysiakini.

Aziz turut mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa beliau sendiri tidak pernah dimaklumkan tentang dakwaan Nurul Izzah.

"Saya tetap dengan jawapan saya pada masa itu bahawa saya sendiri tidak pernah melihat dan menerima surat dan senarai pengundi meragukan itu yang bertarikh 4 Mac," katanya.
Tambahnya, beliau juga bersedia untuk mempertahankan nama baik suruhanjaya itu di mahkamah kelak.

Nurul Izzah dalam sidang medianya semalam mengemukakan surat daripada Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Baria bertarikh 6 Mac berhubung makluman aduan berkenaan.
Surat tersebut dihantar pada 6 Mac lalu dan terima oleh peguam Nurul Izzah keesokan harinya, kata naib presiden PKR itu.

Beliau pada 26 Mac lalu memfailkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan Nurul Izzah untuk membatalkan sebanyak 4,637 pengundi didakwa meragukan di kawasan yang diwakilinya itu.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger