Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label himpunan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label himpunan. Tampilkan semua postingan

Polis benarkan Himpunan Oren

Salmiyah Harun, 13 Jul 2012
KUALA LUMPUR: Polis membenarkan Himpunan Oren Selamatkan Felda dan perarakan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, esok.

Penyerahan memorandum itu, untuk memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.

Mazlan berkata demikian, selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Polis Daerah Sentul Zakaria Pagan dan Ketua Polis Daerah Brickfields Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid di Balai Polis Kepong hampir dua jam bermula 3.30 petang tadi.

Bagaimanapun Mazlan menyerahkan kepercayaan kepada pihak polis untuk mengawal sebarang provokasi yang akan timbul dalam perhimpunan itu nanti.

"Atas persetujuan hari ini, kalau ada unsur-unsur provokasi kami serahkan kepada polis, kami harap polis faham kenapa GSF mahu adakan himpunan esok," katanya.

Dalam perbincangan itu, Mazlan menegaskan Himpunan Oren harus diadakan sebagai isyarat kepada kerajaan dan melalui ini sahaja usaha yang ada selepas berbagai-bagai usaha yang telah dibuat sebelum ini, walaupun pihak polis pada awal enggan membenarkan berhimpun.

"Kita tekankan kepada polis, himpunan dan perarakan Oren ke Istana harus dilakukan supaya Agung dapat melihat puluhan ribu rakyatnya yang menolak FGVH, supaya pihak istana membuat pertimbangan terhadap FGVH," katanya.

Di peringkat ini, Mazlan mengucapkan terima kasih atas kerjasama pihak polis yang membenarkan Himpunan Oren esok, membenarkan media mendekati pintu Istana dan tidak membuat penutupan jalan-jalan utama ke Mahkamah Jalan Duta.

Turut bersama dalam perjumpaan itu, Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Razman Zakaria dan Ajknya Nasaie Ismail serta Timbalan Pengarah 3 Unit Amal Malaysia Azmi  Anuar. 

0 komentar

Himpunan ‘Black 505’ ditunda ke 22 Jun

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 10, 2013
PETALING JAYA, 10 Jun – Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan menunda tarikh Himpunan “Black 505” ke 22 Jun depan ekoran berlaku pertindihan dengan dua program yang berlangsung pada tarikh awal perancangan pada 15 Jun pada hujung minggu ini.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata pihaknya menegaskan tidak akan berlaku sebarang perubahan selepas ini walau apa pun alasan yang diberikan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ini adalah ketetapan akhir dan tidak akan ada sebarang perubahan selepas ini tidak kira apa alasan yang diberikan DBKL,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Jelas Rafizi (gambar), pihaknya menerima maklum bahawa pada 15 Jun itu ada dua program yang berlangsung di Padang Merbok iaitu perkahwinan dan juga karnival kitar semula yang telah membuat permohonan lebih awal.
Rafizi menegaskan, permohonan untuk menggunakan Padang Merbok pada tarikh 22 Jun juga telah dibuat pada Jumaat, 7 Jun lepas dan pihaknya turut mengenal pasti tiada sebarang pertindihan dengan mana-mana program pada tarikh tersebut.

“Oleh itu tiada lagi alasan untuk DBKL dan Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) bermain politik dengan melengah-lengahkan permohonan ini,” tegas ahli Parlimen Pandan itu lagi.

Rafizi turut mengingatkan Tengku Adnan, majoriti penduduk di Wilayah Persekutuan bersama dengan PR dan Setiausaha Agung Umno itu tegasnya perlu menghormati hasrat rakyat yang mahu berhimpun di padang milik rakyat itu.

Bagi tujuan itu juga Rafizi memaklumkan notis kepada Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dihantar esok, seperti dituntut PDRM iaitu tempoh 10 hari daripada himpunan itu berlangsung.
“Kita menjangkakan bilangan peserta minimum 300,000 orang ... Walaupun padang itu hanya mampu menampung sekitar 50,000, namun ia mempunyai kawasan lapang yang luas di sekitarnya,” kata Rafizi.

Himpunan  pada 22 Jun itu juga jelasnya hanya akan bermula sekitar jam 12 tengahari.
Rafizi turut mengulangi tiga tuntutan Black 505: perletakan jawatan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota baru dilantik secara bersama dengan PR; pilihan raya semula di 30 kawasan Parlimen; dan hentikan usaha meminda undang-undang. Pilihan raya atau persempadanan semula sehingga kesemua anggota SPR dilantik daripada muka baru.TMI
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger