Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label harapan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label harapan. Tampilkan semua postingan

Harapan Malaysia Ke Piala Asia Terkubur


SHAH ALAM – Harapan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia 2015 terkubur selepas mengalami kekalahan 0-1 kepada Qatar pada perlawanan keenam saingan kumpulan D pusingan Kelayakan yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada Selasa malam.

Kemenangan itu membolehkan Qatar mengiringi Bahrain yang merupakan pendahulu kumpulan D bersama 16 pasukan terbaik lain bagi meneruskan cabaran di Australia pada 2015.

Pasukan pelawat bermula garang melakukan beberapa serangan dari sebelah kiri padang namun gagal menembusi benteng pertahanan kiri negara yang dikawal kemas Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Usaha Kapten pasukan negara, Safiq Rahim untuk membuka jaringan gagal apabila sepakan deras yang dilakukanya pada minit ke-26 melepasi palang gol.

Skuad kendalian Datuk K.Rajagobal sekali lagi gagal menguna peluang yang terhidang apabila tendangan percuma yang disempurnakan Safiq pada minit ke-29 ditumbuk keluar oleh penjaga gol Qatar Saad Al Sheeb.

Babak kedua perlawanan, kelekaan pada pertahanan Malaysia mengundang padah apabila penyerang Qatar Al-Ali berjaya menjaringkan gol pertama pada minit ke-64 menewaskan penjaga gawang negara Khairul Fahmi Che Mat.

Harimau Malaya bangkit melancarkan serang bertubi-tubi untuk menyamakan kedudukan namum gagal menjaringkan gol sehingga pengadil perlawanan Kim Sang Woo meniupkan wisel penamat.

Kira-kira 1,000 penyokong terdiri daripada Ultras Malaysia yang menyaksikan perlawanan malam ini membuat kecoh sebagai bantahan terhadap kegagalan Pesatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malaysia akan melengkapkan jadual perlawanan menentang Yaman pada Mac tahun depan namun venue perlawanan belum ditetapkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). – BERNAMA
0 komentar

SECERCAH HARAPAN

Mungkin inilah yang dikatakan penebus dosa. Atau mungkin juga takdir hidup. Sebenarnya aku seperti membiarkan semuanya berlalu tanpa adanya usaha yang berarti. Bodohkah aku?

Mata sudah lesu. Dan hati telah beku. Yang tinggal adalah carik-carik kenangan yang pudar. Yang telahpun lama terbang dibawa angin. Kenangan akan kekal kenangan. Akan adakah rasa itu lagi?

Aku tak habis mengerti akan anugrah ksucian cinta yang Tuhan berikan kepadaku. Tak ada alasan yang pasti akan rasa ini. Yang pasti aku bener2 sayang sama dia. Apa masih ada harapan buatku?

Ya Allah Ya Tuhanku

Give me some rain

Give me another chance

I wanna grow up once again


By Ali Mahrus
21 Oktober 2010
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger