Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label sekat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label sekat. Tampilkan semua postingan

SEKAT PTPTN UNISEL BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEKAT  PTPTN UNISEL : BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG
17 Rajab bersamaan 07 Jun 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana membekukan mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) daripada mendapat pinjaman PTPTN. DPPM berpandangan kerajaan tidak wajar menafikan hak mahasiswa Unisel dalam mendapatkan pinjaman bagi membiayai pendidikan mereka kerana tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mahasiswa tersebut.

DPPM merasaka tindakan kerajaan ini sebagai usaha membalas dendam terhadap Pakatan Rakyat yang berjuang memansuhkan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma kepada rakyat. PTPTN dijadikan perkakas baru untuk diperalatkan bagi melunaskan perasaan benci meluap-luap terhadap PR yang berjuang untuk kesejahteraan rakyat. Tindakan ini dibuat dengan harapan supaya rakyat akan mempersalahkan pula PR sehingga mereka gagal mendapat kemudahan PTPTN.  Ia juga sebagai ugutan terhadap rakyat negeri Selangor supaya tidak memberikan undi kepada PR atau mereka akan hilang kemudahan PTPTN.
DPPM merasakan tindakan ini mungkin dibuat kerana kerajaan BN sudah ketandusan idea untuk menangkis tawaran PR yang disambut hebat oleh rakyat serta hilang hujah untuk menafikan pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Politik ugut seperti ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman, kerana rakyat sudah semakin cerdik politik dan memilih parti politik yang mampu memberikan tawaran dan kebajikan terbaik kepada mereka. Jika kerajaan BN merasa tergugat dengan tawaran PR, sebaiknya kerajaan memikirkan formula lain yang lebih menarik bagi menambat hati rakyat, bukan mengugut mereka seperti ini.

DPPM menegaskan, janji dan komitmen PR untuk menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma adalah jelas dan pelaksanaannya akan dibuat jika PR memerintah kelak. Semua pelajar akan nikmati kemudahan ini tanpa mengira latar belakang, fahaman politik, warna kulit dan keturunan. Malah setiap pelajar akan dibantu bagi memastikan mereka berjaya dalam pendidikan kerana agenda PR adalah memberi kebajikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan percuma, bukan memperniagakannya seperti yang berlaku selama ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
0 komentar

Jangan sekat pengundi balik mengundi Tian Chua

SPR jangan sekat pengundi balik mengundi- Tian Chua

Pengundi Malaysia di luar negara berhasrat balik untuk mengundi adalah perkara yang patut digalakkan, syarikat penerbangan Malaysia pun melancarkan pakej istimewa untuk menggalakkan mereka pulang ke tanah air untuk mengundi mulai hari ini.

Sebaliknya, Suruhan Pilihan Raya (SPR) pula menghadkan cara pengundi balik mengundi, malah memberi “amaran” agar kerajaan Singapura jangan campur tangan dalam perihal kerajaan Malaysia.
tian-chua-3SPR memikul tanggungjawab berat, sepatutnya menggalakkan seluruh pengundi berdaftar balik mengundi, menjayakan pilihan raya yang berdemokrasi.
Namun, SPR memberi had kepada pengundi yang berada di luar negara, tidak benarkan kereta luar negara membawa pengundi balik mengundi. Adakah SPR bercadang melarang semua pesawat membawa pengundi balik Malaysia?

Menurut laporan Sin Chew Daily , Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar minta Kementerian Luar Negeri menyiasat kereta Singapura yang membawa pengundi balik mengundi pada hari undi.
Beliau juga meminta pihak Singapura memberi perhatian terhadap perkara ini, agar kerajaan Singapura menghormati Malaysia, untuk mengelakkan berlakunya persoalan orang luar campur tangan perihal dalam kerajaan.

Surat khabar Cina Singapura turut melaporkan berita ini. Kenyataan SPR tidak masuk akal, kereta Singapura membawa pengundi balik tidak ada kena-mengena dengan hubungan antara negara, Kementerian Luar Negeri tidak perlu buat apa-apa siasatan.
Pada masa ini, SPR seharusnya memastikan PRU-13 berjalan lancar, memastikan ia demokrasi, bersih, adil dan saksama.

Persoalan tentang orang luar campur tangan perihal dalam negeri atau tidak, bukan masalah SPR.
SPR patut beri perhatian terhadap isu pendatang luar jadi pengundi di Sabah, atau pun pengundi hantu. Bagaimana pengundi balik mengundi, itu adalah kebebasan peribadi rakyat.
TIAN CHUA
NAIB PRESIDEN KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger