SEKAT PTPTN UNISEL BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
SEKAT  PTPTN UNISEL : BERPOLITIK BIARLAH SECARA MATANG
17 Rajab bersamaan 07 Jun 2012
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana membekukan mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) daripada mendapat pinjaman PTPTN. DPPM berpandangan kerajaan tidak wajar menafikan hak mahasiswa Unisel dalam mendapatkan pinjaman bagi membiayai pendidikan mereka kerana tindakan ini dikhuatiri akan menjejaskan masa depan mahasiswa tersebut.

DPPM merasaka tindakan kerajaan ini sebagai usaha membalas dendam terhadap Pakatan Rakyat yang berjuang memansuhkan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma kepada rakyat. PTPTN dijadikan perkakas baru untuk diperalatkan bagi melunaskan perasaan benci meluap-luap terhadap PR yang berjuang untuk kesejahteraan rakyat. Tindakan ini dibuat dengan harapan supaya rakyat akan mempersalahkan pula PR sehingga mereka gagal mendapat kemudahan PTPTN.  Ia juga sebagai ugutan terhadap rakyat negeri Selangor supaya tidak memberikan undi kepada PR atau mereka akan hilang kemudahan PTPTN.
DPPM merasakan tindakan ini mungkin dibuat kerana kerajaan BN sudah ketandusan idea untuk menangkis tawaran PR yang disambut hebat oleh rakyat serta hilang hujah untuk menafikan pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat. Politik ugut seperti ini sebenarnya sudah ketinggalan zaman, kerana rakyat sudah semakin cerdik politik dan memilih parti politik yang mampu memberikan tawaran dan kebajikan terbaik kepada mereka. Jika kerajaan BN merasa tergugat dengan tawaran PR, sebaiknya kerajaan memikirkan formula lain yang lebih menarik bagi menambat hati rakyat, bukan mengugut mereka seperti ini.

DPPM menegaskan, janji dan komitmen PR untuk menghapuskan PTPTN dan digantikan dengan pendidikan percuma adalah jelas dan pelaksanaannya akan dibuat jika PR memerintah kelak. Semua pelajar akan nikmati kemudahan ini tanpa mengira latar belakang, fahaman politik, warna kulit dan keturunan. Malah setiap pelajar akan dibantu bagi memastikan mereka berjaya dalam pendidikan kerana agenda PR adalah memberi kebajikan kepada rakyat dalam bentuk pendidikan percuma, bukan memperniagakannya seperti yang berlaku selama ini.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger