KPT Benarkan Mahasiswa Sertai KL112

tweet saifuddin abdullah hkrkl112


KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi membenarkan para pelajar universiti untuk menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung Sabtu ini di Stadium Merdeka.
Kebenaran itu dinyatakan oleh Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah melalui akaun Twitter milik beliau.
Langkah itu dilihat sebagai usaha keseluruhan kerajaan yang memberikan yang terbaik dan sebanyak mungkin bantuan kepada penganjur program berkenaan selagi mana ia mengikuti garis panduan dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.
Walaupun bersifat mengecam kerajaan, namun Himpunan Kebangkitan Rakyat tetap dibenarkan.
Ini kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji apa-apa perhimpunan akan dibenarkan selagi ia dibuat mengikut lunas undang-undang dan tidak dibuat di jalanan kerana himpunan seperti itu ia akan memberikan impak negatif kepada imej dan ekonomi negara.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger