Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label maaf. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label maaf. Tampilkan semua postingan

Ketua sami Buddha mohon maaf kes upacara di surau


Malaysiakini  Ogos 13 2013
Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake hari ini memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha dari Singapura yang bermeditasi di dalam surau sebuah resort di Kota Tinggi, Johor.
"Kami memohon maaf kepada saudara Muslim kami dengan tindakan sekumpulan penganut Buddha dari Singapura yang mengadakan sesi meditasi di surau sebuah resort di Kota Tinggi," kata Dhammaratana dalam kenyataannya petang tadi.

NONEBeliau turut menasihat penganut Buddha agar menghormati sensitiviti agama lain dalam menunaikan kewajipan agama itu.

“Mustahil kita dapat membina bahagia atas kesedihan orang lain,” katanya dengan bermadah.

"Saya menasihatkan penganut fahaman Buddha di Malaysia dan Singapura agar menghormati sensitiviti penganut agama lain dalam menunaikan tanggungjawab dan kewajipan mereka," katanya lagi.

Kejadian berkenaan dikesan melalui satu video di Youtube, menunjukkan lebih 10 orang sedang menyertai satu upacara yang diketuai seorang individu berpakaian jubah berwarna oren di lokasi berkenaan.

Kumpulan berkenaan ditunjukkan berada dalam keadaan duduk  mengadap satu objek yang didirikan dalam di depan, di ruang tengah dalam surau tersebut.

Video dimuatkan oleh pengguna Youtube yang menggunakan nama Sebastianphiu itu turut menunjukkan hiasan tulisan dalam bahasa Arab di dinding surau terbabit.

Susulan itu, pemilik sebuah resort di Sedili Besar di Kota Tinggi itu direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau resort itu digunakan untuk upacara keagamaan penganut bukan Islam.

Perintah reman itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Hairul Azhar Mohamad di Mahkamah Sesyen di Kota Tinggi hari ini.

Lelaki berusia 45 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
0 komentar

AKHIRNYA…Pekin Akui Salah Faham Dah Minta Maaf Pada Uqasha


Dalam pada keadaan tengah kecoh mengenai kisah putus cinta antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose, akhirnya OHBULAN! mendapat perkhabaran yang lain pula.

Sebelum ini terdapat beberapa artikel yang mengatakan Pekin memutuskan hubungan dengan bakal isterinya itu gara-gara orang ketiga iaitu Sharnaaz Ahmad.

Namun kami berjaya menghubungi Pekin sendiri hari ini dan menurut pelakon itu, apa yang terjadi hanyalah sekadar salah faham.

“Sebenarnya semua ni salah faham je. Beberapa hari lepas, saya dapat tahu Uqasha ada berjumpa dengan Sharnaaz. Bila tahu macam tu, saya bengang la. Saya terus tak angkat panggilan telefon dari Uqasha. Siapa yang tak marah kalau dapat tahu kekasih kita keluar dengan orang lain.

“Tapi bila saya berjumpa dengan Sharnaaz semalam, barulah saya dapat tahu yang mereka sebenarnya tengah rancang surprise birthday party untuk saya. Dan kebetulan masa itu, mereka juga sedang terlibat dengan sebuah penggambaran.

“Bila saya tahu perkara sebenar, saya minta maaf pada Uqasha dan sekarang ni hubungan kami seperti biasa,” katanya.

Menurut Pekin lagi, perkara menjadi di luar kawalan apabila ada pihak yang gemar menokok tambah dan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

Dan disebabkan salah faham itu jugalah, rancangan untuk menyambut hari lahirnya yang bakal jatuh pada 26 Oktober 2013 tidak akan menjadi kenyataan.

Ditanya sama ada benar Pekin seorang yang panas baran seperti yang didakwa Uqasha, pelakon ini pantas menafikan perkara tersebut.

“Saya tak salahkan Uqasha apabila dia keluarkan kenyataan macam tu. Saya sebenarnya susah nak marah, tapi bila isu ni menyentuh soal orang yang saya sayang, mestilah ada terdetik perasaan yang kurang senang kan. Tapi saya bukanlah jenis yang suka memukul perempuan dan naik tangan apabila marah,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Pekin turut menyatakan bahawa dakwaan mengenai pembatalan perkahwinannya yang bakal berlangsung pada bulan Oktober tahun hadapan adalah tidak benar sama sekali.”Saya tak pernah keluarkan kenyataan mengenai itu. Kami masih merancang untuk ke jinjang pelamin,” katanya.Pekin turut menjelaskan bahawa mereka masih belum bertunang dan berkemungkinan besar akan mengikat tali pertunangan beberapa jam sebelum bernikah.
Uqasha yang dihubungi pula enggan mengulas lanjut mengenai perkara ini dan menganggap apa yang terjadi sebagai dugaan pasangan yang ingin berkahwin. – Ohbulan
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger