Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label kena. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kena. Tampilkan semua postingan

Ngeri! Kepala Bayi Terbelah Kena Kipas Helikopter

Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, malam tadi.


Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.
Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.
Saksi kejadian Abdul Latif Salim, 58, berkata bayi itu sedang nyenyak tidur di bahu bapanya sebelum helikopter itu menjunam dan bilah kipasnya membelah kepala bayi berkenaan selain turut mencederakan kepala bapanya.
“Saya amat terkejut kerana darah terpercik ke bahu saya sejurus sebelum bapa bayi itu rebah ke padang bersama anaknya.
“Keadaan anaknya begitu parah dengan kulit kepala tercabut hingga nampak tengkorak,” katanya.
Menurutnya, bapa bayi berkenaan berlari sambil memangku anaknya menuju van Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia sebelum mereka dihantar ke hospital.
Berikutan kejadian, Mohamad turut berkunjung ke Hospital Tuanku Jaafar kira-kira 11 malam tadi, bagi menemui bapa mangsa yang bekerja di bahagian akaun di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri kini sedang dirawat dan menerima jahitan di kepala akibat kecederaan dialaminya.
Padang bola sepak menggunakan rumput tiruan yang akreditasi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) itu mula dibuka kepada orang ramai mulai 1 Mac lalu. SUMBER

0 komentar

Wanita Ini Pingsan Setelah Kena Tilang Rp 400 Juta

Seorang wanita asal Silicy, Italia dibuat terkejut setelah dirinya harus membayar tanggihan denda tilang akibat kesalahan parkir mobil, sebesar 32 ribu euro atau sekitar Rp400 juta.


Bahkan ketika menerima dan melihat tagihan tersebut, wanita yang tidak disebutkan namanya itu jatuh pingsan dan harus dilarikan ke rumah sakit terdekat.

Seperti dilaporkan harian Repubblica yang dikutip Caradvice, Senin 31 Oktober 2011, nilai denda ini bisa dibilang cukup fantastis untuk sebuah pelanggaran akibat kesalahan parkir mobil.

Kejadian itu berawal, saat kepolisian setempat mengirim sebuah surat tilang beserta nilai denda kepada wanita tersebut dan suami, pada bulan ini. Dalam surat tilang disebutkan adanya pelanggaran yang dilakukan, yakni memarkir mobil sembarangan dan tidak sesuai dengan ketentuan.

Tak ayal nilai denda yang begitu besar, yaitu 32 ribu euro atau sekitar Rp400 juta, membuat wanita itu syok. Namun, setelah ditelusuri ternyata adakesalahan dari pengetikan di surat tilang itu. Waktu kejadian yang semestinya tahun 2008 tertulis tahun 208.

Hasilnya, surat tilang tersebut menyatakan, pelanggaran lalu lintas terjadi pada 1.803 tahun lalu. Hal itu juga yang membuat perhitungan denda serta bunga, yang harus dibayar menjadi berlipat-lipat.

Usai dilakukan koreksi, ternyata wanita itu hanya membayar 102 euro atau sekitar Rp1,27 juta. Denda itu kemudian langsung dibayar oleh sang suami. (Sumber: Vivanews.com)
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger