Featured Post Today
print this page
Latest Post
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label keluarga. Tampilkan semua postingan

Tuntutan kerja bukan alasan Shira abai keluarga

sinarharian
14 Disember 2012
Sharifah Shahirah
Sharifah Shahirah
Tuntutan kerja, bukan alasan Shira abai keluarga
Shira bersama keluarga tercinta
MULA berkecimpung dalam industri seni sejak 1993 menerusi filem, Imigran, Sharifah Shahirah, 39, masih berada di kedudukan kukuh dalam industri seni tempatan.

Terkenal dengan celoteh yang mencuit hati, tidak hairanlah jika Shahirah yang lebih mesra disapa Shira ini berjaya meletakkan diri sebagai selebriti popular.

Bijak mencari ruang dalam cabang seni, Shira bukan sahaja dikenali sebagai pelakon komedi, malah kepetahan Shira mampu meletakkannya sebaris dengan pengacara majlis hiburan dan televisyen tempatan.

Mengakui jadual kerjanya sentiasa padat, namun ia bukanlah alasan untuk Shira mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada lima anak.

Malah, menurut Shira, pantang ada kelapangan, masa itu akan digunakan untuk bersama anak-anak tersayang dan suami tercinta, Zulkifli Azahari (Ijoy).

"Kalau nak ikutkan sibuk, memang tak ada masa untuk bersama keluarga. Namun, sebagai ibu dan isteri, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan tanggungjawab pada keluarga.

"Keluarga tetap nombor satu. Saya akan memastikan anak-anak tidak terbeban dengan jadual kerja saya sehingga menyukarkan proses komunikasi mereka.

"Jika saya sibuk, saya tetap akan selitkan sedikit masa untuk mereka. Walaupun bukan dalam masa yang lama, namun yang penting, masa bersama mereka tetap ada," kata ibu kepada Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, dan Auddra, 3.

Sukar marah

Dek kerana terkenal dengan watak komedi menerusi lakonannya, Shira mengakui sukar untuk dirinya memarahi anak-anak.

Malah, setiap kali Shira marah atau berleter, anak-anak akan menasihatinya supaya tidak berbuat demikian.

"Saya pun hairan, kenapa setiap kali saya marah, mereka gelak. Kalau saya betul-betul marah pun, mereka kata tak nampak macam marah.

"Mungkin mereka sudah terbiasa melihat saya melawak di kaca televisyen dan bersama rakan-rakan. Jadi, mereka kata saya tak sesuai untuk marah.

"Jadi, saya sendiri tak tahu nak marah macam mana. Mereka buat tak tahu saja dan gelakkan saya balik," katanya yang pernah memenangi anugerah Aktres Komedi TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2004 menerusi sitkom Ada-ada Aje.

Sara keluarga

Walaupun tugas menyara keluarga sepatutnya diuruskan oleh suaminya, namun ia bukan masalah besar untuk Shira.

Semangat dan keterbukaan Shira dalam membantu Ijoy wajar dicontohi apabila tugas mereka bertukar. Shira sanggup keluar bekerja, sementara Ijoy pula mengambil alih menguruskan rumah tangga.

Sembilan tahun bergelar isteri Ijoy, Shira tidak menganggap perkara ini sebagai satu bebanan yang harus dipikul, malah tidak salah sekiranya saling bantu-membantu dalam rumah tangga.

"Ijoy kurang mendapat tawaran lakonan sejak akhir-akhir ini. Jadi, saya tidak boleh mengharapkan dia sahaja untuk mencari rezeki.

"Alhamdulillah, kebetulan pula, rezeki saya masih ada. Jadi, saya teruskan kerjaya dalam bidang seni. Walaupun Ijoy menyokong aktiviti seni saya, namun ada kalanya dia menasihati saya agar mengurangkan kerja.

"Dia bimbang saya akan penat kerana bukan sahaja bekerja di luar, malah saya juga perlu menguruskan anak-anak ketika di rumah," katanya yang kini muncul dalam drama bersiri bagi slot Aksi, Spy M di TV3.

Selain itu, Shira juga bakal mengendalikan rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Cuti-Cuti 1 Malaysia dan program pengacaraan bersama penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza di saluran Astro.

Walaupun tugas menguruskan keluarga diserahkan kepada Ijoy, namun jelas Shira, Ijoy tidak pernah disuruh menyiapkan makanan dan memasak untuk mereka sekeluarga.

"Walaupun ada yang menganggap saya menyerahkan tugas kepada Ijoy, namun saya tidak pernah menyuruh Ijoy memasak atau mengasuh anak-anak.

"Tugas itu diberikan kepada pembantu rumah kerana Ijoy juga seperti lelaki lain yang tidak betah melakukan kerja rumah seperti wanita.

"Jika ada kelapangan, saya akan memasak untuk keluarga. Namun, saya amat berterima kasih kepada ibu mertua saya yang meluangkan masa dengan membantu dan menjenguk cucu-cucunya," katanya yang mendirikan rumah tangga bersama Ijoy pada 28 Februari 2003.

Spy M uji kemampuan

Walaupun terkenal dengan watak komedi, namun jauh di sudut hati Shira mendambakan watak yang lebih mencabar dan serius.

Hampir 20 tahun dalam industri, akhirnya Shira diberi peluang untuk membawakan watak aksi menerusi drama bersiri, Spy M.

Mengakui agak sukar melakukan babak aksi di usia lewat 30-an ini, namun Shira tetap memberikan yang terbaik dalam lakonannya sebagai penyiasat.

"Memang banyak babak aksi yang memerlukan saya melompat, berlari dan memukul orang. Saya suka dengan watak seperti ini, namun ia agak lewat diberi peluang.

"Umur saya dah dekat 40 tahun. Jadi, langkah saya tidak segagah dulu lagi. Apa yang mampu, saya akan lakukan. Bila dah berusia ni, banyak urat-urat yang tersimpul.

"Sepanjang menjalani penggambaran drama itu, badan saya banyak lebam-lebam. Bukan sebab ditumbuk atau terjatuh, tetapi urat yang timbul dan membengkak.

"Saya kena pergi mengurut untuk hilangkan rasa sakit dan bengkak ini," katanya yang mengakui wataknya sebagai Milah adalah penghargaan kepada masyarakat penduduk luar bandar yang banyak menyokong kerjayanya sehingga kini.

Teringin tambah anak
Mengimpikan sebuah keluarga besar, Shira tidak menolak sekiranya diberi zuriat untuk menambah bilangan yang ada.

Namun, di atas faktor-faktor yang harus diberi perhatian terlebih dahulu, Shira harus menguburkan hasrat itu buat seketika.

"Memang teringin nak tambah anak lagi kerana saya memang suka anak ramai. Lagi meriah rumah saya dengan kehadiran anak-anak yang memiliki macam-macam perangai.

"Tapi, banyak perkara yang harus difikirkan terlebih dahulu. Mungkin bila Ijoy dah mula bekerja dan mendapat tawaran, saya akan fikirkan perkara itu.

"Buat masa ini, terpaksa lupakan dulu kerana tawaran saya masih banyak dan jika saya mengandung, saya sudah tidak boleh aktif lagi. Insya-ALLAH, ada rezekinya nanti,"
katanya yang pernah menjayakan beberapa filem termasuk Cinta Kita; Azam; Soalnya Siapa?; Buli; Gila-gila Pengantin Popular; Buli Balik; Bujang Senang; Brainscan: Aku dan Topi Ajaib; dan Skrip 7707.

Selain itu, Shira juga merupakan duta kepada produk Poise, Nuvafemme, dan jurucakap produk seperti Sunlight, Lipton dan Mamil DuGrow.
0 komentar

Keluarga enggan maafkan suspek

Adik bongsu Yuk Tim, Ng Ee Sin, 10 melakukan upacara sembah roh di perkarangan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam

PETALING JAYA - "Saya takkan maafkan perbuatan dia sampai bila-bila," kata Sim Yee Lian, 31, ibu saudara kepada Ng Yuk Tim, 15, yang dibunuh kejam, sebelum mayatnya disumbat dalam beg dan dibuang dalam longkang besar di Bukit Kemuning, Shah Alam, petang kelmarin.

Yee Lian ketika ditemui semalam berkata, perbuatan suspek lelaki berusia 23 tahun itu sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak boleh diterima akal.

Menurutnya yang baru tiba dari Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dia dan keluarga masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa anak saudara kesayangannya itu sudah tiada."Saya tak sangka suspek sanggup buat begitu pada Yuk Tim, sekaligus merampas kebahagiaan kami sekeluarga.

"Jika dia tidak bahagia atau tidak ada rasa belas kasihan sekalipun, dia tidak boleh diperlakukan (cuba rogol dan bunuh) sesuka hatinya," katanya sebak.

Dalam perkembangan sama, Datuk mangsa, William Sim, 70, turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan keluarga suspek yang beria-ia mempertahankan anak mereka dan mengatakannya sebagai orang baik.

Beliau berkata, jika benar suspek baik, kenapa lelaki itu cuba memperkosa, sebelum membunuh cucu kesayangannya?

"Dia (suspek) umpama syaitan kerana sanggup bunuh Yuk Tim.

"Malah dia juga sanggup berpura-pura dengan menulis di laman Facebook Yuk Tim, kononnya bimbang dan ingin tahu di mana cucu saya berada," katanya ketika ditemui di perkarangan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam.

Mengulas berhubung karakter mangsa, William berkata, cucunya merupakan seorang yang bijak serta penyayang.

Katanya, walaupun ibu bapa Yuk Tim bercerai kira-kira empat tahun lalu, cucunya itu tidak pernah merungut malah sangat berdikari.

Menurutnya, mangsa sanggup mencari kerja sambilan selepas tamat peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, semata-mata untuk membantu keluarga terutama ibunya, Sim Yee Ling, 35, yang bekerja di sebuah kedai emas di Cheras.

"Sejak kedua ibu dan bapanya bercerai, Yuk Tim, ibu dan adiknya memang tinggal bersama saya dan isteri di Bandar Tun Razak, Cheras.

"Apa yang saya perhatikan, Yuk Tim sangat berbakat dalam melukis sertai menyukai komik," katanya.

Katanya, lebih menyedihkan, cucunya mati selepas bertemu suspek untuk membincangkan perancangan membuat kostum.

Selain itu, nenek mangsa, Yap Pik Wan, 59, turut kecewa dengan sikap suspek yang mengambil mudah terhadap perbuatan dilakukannya.
0 komentar
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Ramon 's - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger